Authentication
Hak asasi manusia merupakan asas dan pemangkin kepada kewujudan manusia. Ianya
bersifat universal dan tidak boleh dibahagikan serta saling bergantung diantara satu sama
lain. Menurut kamus dewan hak asasi ialah hak dasar manusia seperti hak kebebasan
bersuara, kebebasan beragama, kebebasan bergerak dan sebagainya. Walau
bagaimanapun konsep dan maksud hak asasi manusia ini turut berubah mengikut
peredaran zaman serta mempunyai tafsiran yang lebih meluas. Dalam Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat 1948, Konvenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik 1966 dan
Konvenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966 konsep hak asasi
yang dibincangkan tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
(i) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan
menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan
di bawah undang-undang berada dalam hak sivil dan berpolitik
(ii) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati
perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta
persekitaran yang selamat berada di bawah hak sosial, kebudayaan dan
ekonomi.
Menurut Rousseau setiap anggota masyarakat akan melepaskan hak individu
tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang mempunyai kepentingan bersama.
Pemikiran beliau ini menjadi pemangkin kepada pemikiran hak asasi manusia versi moden.
Sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak
masyarakat menjadi topik utama dalam perdebatan berkaitan hak asasi manusia.
Idea asal kemunculan hak asasi manusia berasal daripada Tamadun Greek. Ahli-ahli
falsafah seperti Aristotle dan Plato menyatakan bahawa idea-idea hak asasi berkaitan
dengan hak kebebasan, hak sama rata serta hak untuk mendapatkan keadilan di Athens.
Aristotle merumuskan bahawa hak kebebasan mengundi perwakilan, hak sama rata untuk
dipilih sebagai perwakilan atau hak kebebasan menyuarakan pendapat ketika badan
perhimpunan bersidang serta kuasa mentadbir masyarakat terletak dalam tangan
masyarakat itu sendiri (rule by the people for the people)1. Manakala menurut Plato
kehidupan masyarakat haruslah sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan
kepentingan masyarakat dijaga bersama-sama. Sekiranya setiap individu menjaga serta
mengamalkan peranan masing-masing dalam kehidupan bermasyarakat, ketidakadilan tidak
2
akan berlaku .
1 Aristotle : The Politics and The Constitution of Athens. Edisi kedua, USA
2 Plato, 1974. The Republic. Terjemahan D.Lee.Midlesex m/s 28
1
Terdapat tiga faktor utama yang dinyatakan telah membawa kepada kemunculan hak
asasi manusia berdasarkan pendapat tiga orang tokoh falsafah terkemuka dunia seperti
Thomas Hobbes, John Locke dan Jean Jasques Rousseau3. Antaranya ialah faktor
kekejaman pihak pemerintah, persaingan dari segi ekonomi dan kemunculan aliran
realisme. Faktor kekejaman pemerintah menurut Hobbes ialah manusia mempunyai sifat
alamiah yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Maksudnya ialah manusia berperang
untuk memenuhi kepentingan dan keinginan diri masing-masing (war of all against all)4.
Pada zaman pencerahan ketiga-tiga tokoh ini menyatakan bahawa kontrak sosial perlu
diwujudkan untuk menjamin keutuhan wilayah dimana pemerintah dan rakyat saling
menghormati hak masing-masing. Kerajaan perlu memelihara keamanan dan rakyat
memberi taat setia kepada pemerintah selagi pemerintah tidak bertindak zalim. Dari sudut
faktor persaingan ekonomi, hak sosial dan hak ekonomi ditekankan dan seterusnya
melanjutkan perkembangan hak asasi manusia. British telah bersaing dengan koloni
Amerika dan mengakibatkan berlakunya konflik ekonomi diantara negara-negara tersebut.
Persaingan ekonomi yang berlaku sememangnya menimbulkan sifat tamak dan jurang
sosial yang tinggi diantara negara yang kaya dan negara yang miskin. John Locke
mengemukakan idea bahawa tindak balas persaingan ekonomi yang berlaku adalah
ekonomi yang bersifat liberalisme dimana kerajaan harus membiarkan pasaran berjalan
bebas (laize faire) untuk menjamin hak peniaga-peniaga kecil daripada dikenakan cukai
yang tinggi seterusnya mewujudkan kestabilan dan keadilan sosial kepada semua. Faktor
realisme ialah mentaliti manusia moden yang diperolehi daripada kaedah penakulan
manusia. Menurut Hobbes, Locke dan Rousseau sesuatu kematian atas sebab
pembunuhan tidak boleh dirasionalkan sebagai ketentuan Tuhan, tetapi hak untuk hidup
bagi manusia perlu dipertahankan melalui peruntukan hak asasi manusia sama ada dalam
undang-undang ataupun perlembagaan. Hakikatnya, hak asasi manusia didorong oleh
pemikiran manusia yang mementingkan rasional berbanding epistemologi ketuhanan.
Tiga tonggak utama yang terdapat didalam hak asasi manusia ialah hak melindungi
diri, hak kebebasan dan hak memiliki harta benda. Hak melindungi diri ialah hak yang paling
utama dimana Hobbes dan Locke melihat faktor internal dan Rousseau melihat faktor
eksternal yang menyebabkan manusia mementingkan diri. Bagi mereka nyawa dan
keselamatan manusia merupakan perkara yang perlu dilindungi. Hobbes dan Locke
mentafsirkan rasional hak melindungi diri terletak pada persamaan hak (equality).
Maksudnya semua manusia mempunyai hak membunuh, mendera, atau mencedera
sesiapa sahaja, contohnya orang miskin boleh membunuh orang kaya ataupun sebaliknya.
Daripada persamaan ini Hobbes dan Locke melihat manusia sesama manusia sebagai dua
3 Noraihan Zakaria 2007, Konsep hak asasi manusia m/s 4-11
4 Ibid, m/s 7
2
kuasa sama yang saling bertentangan (two equal forces of individual against individual) dan
akan sentiasa hidup dalam ketakutan5. Oleh itu, bagi menamatkan keadaan kacau bilau ini
keperluan untuk melindungi diri perlu diamalkan oleh manusia secara universal.
Ketidaksamaan pangkat, darjat, harta atau kuasa menyebabkan golongan yang kuat
menindas golongan yang lemah menunjukkan ketidaksamaan ataupun inequality menurut
Rousseau. Contohnya golongan aristocrat Perancis yang menggunakan kedudukan mereka
untuk menguasai pihak gereja supaya mengerah petani-petani miskin membayar cukai dan
jika cukai tidak dibayar mereka akan dipaksa, dicedera, dibunuh, dipenjara dan harta benda
dirampas. Situasi yang kucar-kacir ini menunjukkan bahawa golongan yang kuat akan
berkuasa dan menetang golongan yang lemah (the privileged and strong against the weak
and unfortunate). Daripada pengertian ketiga-tiga tokoh tersebut, kontrak sosial memainkan
peranan penting untuk mengikat tanggungjawab individu di antara satu sama lain agar hak
melindungi diri tidak dicerobohi oleh sesiapapun. Pihak pemerintah memainkan peranan
penting dalam pelaksanaan dan pemantauan undang-undang bagi menjamin hak
melindungi diri dalam masyarakat.
Hak kebebasan diri bermaksud, manusia berhak melakukan sebarang pergerakan
ataupun mobility supaya kehidupan mereka terpelihara dan berada dalam keadaan selesa
tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Hak kebebasan ini terbahagi kepada tiga aspek
iaitu politik, agama dan perhambaan. Dalam hak kebebasan berpolitik Rousseau
menyatakan bahawa apabila rakyat mengamanahkan hak mereka kepada individu ataupun
ajen kerajaan yang dilantik, mereka berperanan dalam menjadi perantara untuk
memastikan kelancaran kontrak sosial. Kuasa ditangan kerajaan hakikatnya ditentukan oleh
rakyat sendiri kerana rakyat berhak untuk memilih peneraju kerajaan yang memerintah dan
berhak menggubal undang-undang mengikut suara majoriti. Namun begitu perlindungan hak
rakyat tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada satu kuasa sahaja kerana tanpa kawalan
kuasa tersebut akan memonopoli urusan pentadbiran sepenuhnya dan akan bertindak
secara kuku besi ataupun ditaktor. Oleh itu, Locke dan Hobbes menyarankan agar urusan
pentadbiran tersebut dibahagikan kepada eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap badan-
badan ini berperanan dalam menlaksanakan tugas masing-masing seperti mentadbir urusan
negara berada di bawah tadbir urus badan eksekutif, penggubalan dan penguatkuasaan
undang-undang di bawah legislatif dan badan kehakiman berperanan untuk mengadili dan
menghakimi permasalahan yang berkaitan dengan undan-undang. Perkongsian kuasa di
antara ketiga-tiga badan utama ini akan melancarkan proses pentadbiran negara tanpa
wujudnya sebarang karenah birokrasi.
5 Ibid, m/s 13-14
3
Pandangan Hobbes, Locke dan Rousseau berkaitan hak kebebasan beragama
ditentang oleh sesetengah pihak. Karya Leviathan (Hobbes), A Letter on Toleration (Locke)
dan The Social Contract (Rousseau) telah mengundang pelbagai tuduhan daripadaa pihak
gereja kerana dilihat mencerca dan menghina Tuhan. Hakikatnya, interpretasi terhadap
ketiga-tiga tokoh ini sebenarnya tidak menolak sepenuhnya kebebasan beragama. Individu
boleh memilih mana-mana agama untuk mereka anuti selagi pengaruh agama berlaku
dalam lingkup pemikiran manusia sahaja. Locke menjelaskan sesuatu ibadat bergantung
kepada kepercayaan individu dan pegangan agama boleh berlaku di peringkat kerohanian
sahaja. Pendapat Locke ini mengundang kontroversi kerana beliau tidak menolak agama
tetapi memisahkannya daripada sistem pemerintahan. Rousseau menyatakan hak
kebebasan beragama bersifat sekularisme di mana tidak ada lagi agama nasional yang
eksklusif. Maksudnya semua agama yang bertolak ansur dengan norma-norma agama yang
tidak bertentangan dengan kewajipan sebagai warganegara dianggap selamat kerana
negara dan raja yang memerintah adalah ketua. Perbezaan pendapat ini sering
diperdebatkan, namun apa yang jelas hak bebas memilih dan toleransi agama menjadi
sebahagian daripada doktrin hak asasi manusia.
Hak kebebasan daripada perhambaan merupakan salah satu jenis kebebasan yang
merangkumi hak kebebasan dalam doktrin hak asasi manusia. Aristotle berpendapat
sesetengah manusia dilahirkan sebagai hamba dan sesetengahnya sebagai kuasa.
Pendapat ini disokong oleh Montesquieu. Namun Gratius menyangkal dan menyatakan
bahawa perhambaan berlaku berpunca daripada peperangan di mana pihak yang kalah
akan dijadikan hamba kepada pihak yang menang. Hobbes menganalogikan sistem
pehambaan ini seperti sekumpulan lembu yang diketuai oleh seorang pengembala,
sebarang hasil yang dihasilkan oleh lembu tersebut adalah hak dan kepunyaan pengembala
lembu. Situasi ini sama seperti sistem perhambaan. Hal ini kerana, apabila menjadi hamba
keperluan manusia seperti makan, minum dan tempat tinggal disediakan oleh tuan rumah
namun mereka haruslah bekerja untuk tuan rumah tersebut. Rousseau menyangkal
kesemua pendapat tokoh-tokoh ini dan menyatakan bahawa perhambaan merupakan satu
proses yang berlaku secara semulajadi. Tidak ada sesiapapun yang mempunyai kuasa
terhadap orang lain secara semulajadi dan tidak berhak untuk memaksa mereka menjadi
hamba. Hak perhambaan tidak sah dan terbatal kerana perkataan hamba dan perkataan
hak saling bercanggah di antara satu sama lain. Hak kebebasan berpolitik dan kebebasan
beragama tidak bermakna jika manusia menjadi hamba.
Tonggak doktrin hak asasi manusia yang ketiga ialah hak memiliki harta benda.
Locke mengimplementasi bahawa sebelum manusia mempunyai harta benda, mereka perlu
4
no reviews yet
Please Login to review.